Terima kasih atas sokongan anda.
Saya juga salah seorang yang banyak mendengar muzik Pop Korea, dan saya juga suka BLACKPINK.
Tetapi pada hakikatnya, lagu saya tidak menghina BLACKPINK sama sekali. Saya hanya menggambarkan gejala sosial di Malaysia dalam lagu saya, dan lirik lagu tersebut hanya menyebut BLACKPINK....
Tetapi apa yang abang sulung ini kata betul. Peminat BLACKPINK menganggap saya mengobjektifikasi kaum wanita. Tetapi sebenarnya, objektifikasi perempuan telahpun berlaku dalam kumpulan BLACKPINK sendiri serta banyak lagi MV Korea yang lebih serius, apatah lagi kesemua ahli BLACKPINK sendiri adalah perempuan...
Walauapa pun, MV saya telahpun dipadamkan, dan saya akan mengubahnya dan memuat naiknya semula dalam masa beberapa hari. Saya tegaskan, saya tidak mengaku bahawa saya bersalah, saya hanya tidak mahu bersusah payah berdebat dengan peminat BLACKPINK yang tidak rasional. Orang yang bijak akan memahami apa yang diluahkan oleh isi lagu saya.